Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor meminta penduduk daerah Klang agar berwaspada dengan fenomena air pasang besar dan Monsun Timur Laut yang dijangka berlaku mulai September hingga Disember ini.<br /><br />Menurut kenyataan di Facebook rasminya, pejabat SUK memaklumkan, fenomena itu boleh membawa risiko banjir dan runtuhan ban.